Pages

Thursday, July 30, 2009

my dormate

Perkenalkan dormmate m24. Cuba teka mana azam? Hehe. Mesti tak jumpa punya. Mari azam perkenalkan dormmate m24. Mula dari atas Muiz(Bird), Nizam, Azmi, Ajim, Arif, Fahmi, Amar, Irfan, Haziq, Haziq(B-Boy), Atiff, Yazid, Arsyad(Parp), Azam, Daus dan Mawi. Dorm m24 adalah dorm yang paling ceria bagi azam. Memanglah sebab itukan dormmate azam. Apalah azam ni. Mulanya kami tak berapa nak bergaul sangatlah pada hari mula-mula masuk asrama. Yela, semua segan nak berkenalan. Haha. Lagi-lagi azam, memang susahlah nak tegur orang yang tak kenal.
Ajim dan Arif(yang berdiri), mereka ialah senior kami. Mereka ni senior yang bestlah. Spoting tau dia orang tu. Selalu tolong kami bila kami memerlukan mereka. Gua tabik la sama lu! Kalau boleh nanti tahun depan azam pun nak jadi senior. Nak buli junior.Hehe. Jahatkan azam ni.


Wednesday, July 29, 2009

Bit Defender vs Kapersky?

Bit Defender vs Kapersky? Agak-agak mana yang lebih bagus securitynya? Azam sendiri pun tak tahulah nak jawab yang mana satu yang securitynya kuat. Kedua-dua antivirus ni azam dah guna. Bit Defender ni security dia terlalu ketat. Memang bagus sangatlah. Boleh katakan ada virus je dia terus delete. Bukan virus je, trojan ataupun apa-apa patch yang ada dalam pc dia terus delete tanpa belas kasihan. Itu yang azam tak berapa nak sukalah, sebab dalam thumbdrive azam penuh dengan patch. Hehe. Jangan tanya kenapalah. Satu lagi Bit Defender ni terlalu berat. Kalau macam pc yang guna RAM 256mb mungkin lembablah kalau nak up pcnya. So, siapa-siapa yang guna RAM 256mb tu jangan gatal-gatal nak guna antivirus BD ni. Lembab satu hal, pc jam karang jangan salahkan azam lak. Haha. Tak kena ngena pun azam ni. Yang lainnya BD ni dari antivirus lainlah, BD ni antivirus untuk game. Mungkin game online kot. So, yang kaki-kaki main game online tuh, azam sarankan gunalah BD ni.

Kapersky lak rasanya hampir sama je securitynya dengan BD. Securitynya kuat gak. Kapersky ni yang bagus bagi azam ianya ringan. Jadi pc yang RAMnya lemah pun boleh guna gak. Inilah rasanya kelebihan Kapersky daripada BD yang azam tahu jela.

Azam dah tak guna mana-mana antivirus lain dah. Guna antara dua ni je. Cuma sekarang azam guna Kapersky lah sebab azam tak nak pc azam jadi lembab. Kapersky dan BD harganya hampir sama cuma produk mereka yang berlainan. Kapersky ada dua produk antivirus iaitu Kapersky Antivirus dan Kapersky Internet Security. BD lak BD Antivirus 09, BD Internet Security dan BD Total Security. Sebenarnya BD Total Security yang azam guna. So, sebab tula azam cakap securitynya terlalu ketat. Hehe. Jangan marah yew. So, pandai-pandailah pilih yew antivirus yang mana yang nak diguna.


Monday, July 27, 2009

burung zaman moden


Jangan terkejut lak! burung pun pandai mencuri sekarang k!

Azam di KusTech?

Dah dekat 5 bulan azam belajar di KusTech. X pernah lak azam cite camne keadaan azam di sana kan? Azam terlupa nak cerita dekat blog ni. First day azam masuk KusTech ni macam2 perasaan adalah. Gembira, sedih, rindu dan macam2 lagilah. X terkata perasaan azam time tuh. Azam gembira sebab tukar sekolah baru tapi masa yang sama azam rasa sedih lak tinggalkan sekolah lama, SMKTBR. Sob2, banyak sangat kenangan azam kat SMKTBR tuh. Bukan kenangan je terpaksa azam lepaskan tapi rakan2 azam kat SMKTBR tu gak azam terpaksa lepaskan. Mereka bagaikan nyawa bagi azam kat sana. Eh, dah jauh lak azam melalutkan? Haha..

Sekarang cite azam kat KusTech lak. Tinggal di asrama ni peraturannya agak ketat lah. Kadang2 azam rasa macam x nak je tinggal kat asrama tapi azam kuatkan semangat. Macam lah yang azam belajar bende baru kat asrama. Ramai yang fikir kalau tinggal di asrama mesti x leh bawak fon kan? Memang pun sebenarnya tapi azam bawak gak. Kalau ada spotcheck barulah azam kelam kabut nak cari port untuk simpan fon. Ala, kalau kena rampas mesti ramai yang kene punye lah(itu pun kalau diorg kantoi lah!).

Dah kat asrama, ni lak kat sekolah. Sekolah ni agak lama gak la bangunannye. Dah nama 10 tahun, memang lah da lama. Apa lah azam nih! Lupa lak nak bagitahu yang azam ni Batch 11. Guru2 di sekolah ni ok gak la tapi ada lah sikit yg x berapa nak ok bagi azam. Yg x berapa nak ok tu kawan azam cakap diorg ok. Lantaklah azam x kesah selagi diorg x ajar azam. Haha. Jahatnya azam ni. Azam ada lah terbuat hal gak kat sekolah ni. Itu pun azam terlepas cakap jer. Azam x pukul org k! Ketika itu azam tengah belajar LK(Lukisan Kejuruteraan). Cikgu yg ajar tu muka dia agak2 jambu lah tapi garang sebenarnya. Mana x garangnya, cikgu disiplin lah katakan. Dia bagi lah ceramah sikit tentang SPM, lepas azam tanyalah berapa soalan LK time SPM. Dia jawab 8, lepas itu azam terlepas cakap b***k sikit lak. Terkuat lak tu sampai satu kelas dengar lah! Dia terus bengang hentak whiteboard. Satu kelas senyap la time tuh. Gile2 azam kene marah. Nasib kene marah je. Memang pengajaran lah bagi azam. Sekarang cikgu tu dah ok cuma kitaorg belajar dlm keadaan seram lah. Takut2 gunung berapi melutus lagi la katekan! Haha, sampai mcm tu sekali.

Mahu jadi kuat seperti dia?


Rasenye anda sume mahu jadi mcm die x?? Kalau azam, azam x nak. Lame2 da tua nnt, x de gunenye berlendut jugak. Harap2 anda buat pilihan yg bgs la, nak jadi mcm die ke x.

Sekolah tutup?!

What?! Sekolah tutup?! Hehe, nak buat camnekan? Dah itu yg cikgu n doktor2 kat sekolah azam yg srh ttp sekolah. Nak thu sebab pew? Sekarangkan dah byk sekolah dittp disebabkan virus H1N1 kan? So, the same goes to my school. 4 org yg positif H1N1 tau. Kalau diikutkan ramai lagi yg kena sebenarnya cuma doktor yg mls nak check sume. Kalau check nanti mesti masuk paper punyelah! Yang plg bestnye ialah pelajar dpt cuti selama 1 minggu! Yahoo!! Tapi yg x bestnye ialah kene cuti ganti lak! Ish, jwbnye lps cuti ni langsung x leh cuti dah! No!!!

Tuesday, July 21, 2009

Alahai menantuku

Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.

setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. “yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan..

seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir…lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. “bismillahirrahmanirrahim…” seman pun turut membaca bismillah dengan lantang… “bismillahirrahmanirrahim…” aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik..

lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. “ish! gila ke menantu aku ni??” pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim.

pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. “seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari..”

Monday, July 20, 2009

Jual Telur?

Pembeli:"Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh , Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Sunday, July 19, 2009

Sakit oh sakit!

20 Jul. 09. Hari Isnin. Hari persekolahan biasa bg certain tempat. Ada tempat yg cuti sempena peristiwa Israk dan Mikraj. Tetapi apa kene mengena dgn azam? Azam sebenarnyew x sekolah pada hari itu dan keesokan harinya. Hehe.. Azam diserang penyakit yg azam x nak dijangkiti semenjak masuk ke KusTech iaitu kudis buta. Dlm bhs popularnya scabish.. Kenapa aku yg kena?? No.... Ceritanya bermula begini, azam mula rse gatal di tempat yg agk privasi. Time garu mmg feeling hbs tapi lps tu sakit pulak mendtg. Dlm dorm azam dah ad 2 org yg kena scabish nih.. Azam org yg ke3 la jwbnye. Ish2.. Mungkin Allah makbulkan hajat azam semasa di KusTech. Azam behajat nak tgk time kwn2 azam kat sekolah lame sdg belajar. Rindu lak rasenye. Akhirnya Allah makbulkan gak tapi dgn kesakitan sekalilah. Xpew, sume ni cuma dugaannya. Bukan Dugaannya-Hujan tu yew. Azam berdoa penyakit ni akan sembuh secepat yg mungkin la hrp2nyew.

Komputer Meja?!

Boleh korg sume bayangkan meja kopi atau meja makan anda adalah komputer? Rasenye blh kot. Entahlah. Zaman dah berubah dunia dah maju kan? Jadi, meja pun boleh dijadikan komputer tau! X percaya? Korg boleh tgk sendiri dgn video nih.




Azam pada mulenye terkejutlah jugak. Apa yg dahulunya x mgkn, sekarang dah mungkin. Bukan mungkin sebenarnya, boleh sepatutnya. Microsoft telah mencipta Microsoft Surface. Azam rse korg sume blh thu sndri la apa kelebihannye kan dari komputer bese. Jauh perbezaannya.Geram lak rasenyew tgk bende tuh. Eii..

Hai Dunia!

Hai dunia! Nama yg termaktub di ic ku ialah Shaiful Azzam Bin Sabli. Kalau dlm blog nih pggl azam/zam je. X yah nak pggl pjg2. Tinggal dekat Bukit Beruntung. Boleh dikirakan beruntung gakla tinggal kat sini. Umur 16 thn. Masih belajar di KusTech(Sekolah Menegah Teknik K.u Sel.) jurusan Mekanikal. Nak jadi jurutera mekanikal la kononye bile beso nnt. Insyaallah. Azam baru lg di dlm dunia blog nih, so apa2 yg slh dan silap tlglah tego yew!