Pages

Wednesday, July 29, 2009

Bit Defender vs Kapersky?

Bit Defender vs Kapersky? Agak-agak mana yang lebih bagus securitynya? Azam sendiri pun tak tahulah nak jawab yang mana satu yang securitynya kuat. Kedua-dua antivirus ni azam dah guna. Bit Defender ni security dia terlalu ketat. Memang bagus sangatlah. Boleh katakan ada virus je dia terus delete. Bukan virus je, trojan ataupun apa-apa patch yang ada dalam pc dia terus delete tanpa belas kasihan. Itu yang azam tak berapa nak sukalah, sebab dalam thumbdrive azam penuh dengan patch. Hehe. Jangan tanya kenapalah. Satu lagi Bit Defender ni terlalu berat. Kalau macam pc yang guna RAM 256mb mungkin lembablah kalau nak up pcnya. So, siapa-siapa yang guna RAM 256mb tu jangan gatal-gatal nak guna antivirus BD ni. Lembab satu hal, pc jam karang jangan salahkan azam lak. Haha. Tak kena ngena pun azam ni. Yang lainnya BD ni dari antivirus lainlah, BD ni antivirus untuk game. Mungkin game online kot. So, yang kaki-kaki main game online tuh, azam sarankan gunalah BD ni.

Kapersky lak rasanya hampir sama je securitynya dengan BD. Securitynya kuat gak. Kapersky ni yang bagus bagi azam ianya ringan. Jadi pc yang RAMnya lemah pun boleh guna gak. Inilah rasanya kelebihan Kapersky daripada BD yang azam tahu jela.

Azam dah tak guna mana-mana antivirus lain dah. Guna antara dua ni je. Cuma sekarang azam guna Kapersky lah sebab azam tak nak pc azam jadi lembab. Kapersky dan BD harganya hampir sama cuma produk mereka yang berlainan. Kapersky ada dua produk antivirus iaitu Kapersky Antivirus dan Kapersky Internet Security. BD lak BD Antivirus 09, BD Internet Security dan BD Total Security. Sebenarnya BD Total Security yang azam guna. So, sebab tula azam cakap securitynya terlalu ketat. Hehe. Jangan marah yew. So, pandai-pandailah pilih yew antivirus yang mana yang nak diguna.


0 comments:

Post a Comment