Pages

Wednesday, December 9, 2009

Kem?

Fuhh, agak penat la minggu ni. Kene tolong ayah bekeje. Sebenarnya Azam cuma minat kat gajinya je. Hehe. Sape tak nak duit weyh? Orang gila pun nak duit au. Azam nak gaji pun sebab nak kuar jalan2 dengan kawan2. Cuti sekolah ni jarang la kuar dengan kawan2. Hari isnin lepas pun ikutkan sepatutnya Azam pergi jalan2 dengan dak dorm Azam kat TS. Disebabkan ayah tawarkan keje n gaji. Azam pun terpaksa la ikut. Malam semalam Azam tido agak awal sikit la. Itu pun kol 11(awal la sgt). Bangun lak kol 6.30. Time bangun tu punyala malas nak pergi keje. So, sambung jela tido. Then, mak pun kejut kan. Nak tak nak, bangun jela. Siap mandi n solat(solat itu tiang agama weyh) kitorang pun gerakla. Cam besela, dalam kete sambung tido balik la jawabnye. Bangun tido tengok2 dah sampai. Kitorang pun sambung la keje yang tertunggak semalam. Nasib la dah banyak dibuat oleh kawan ayah. Senang sikit keje kitorang. Buat sikit then gerak ke floor lain. Sampai pukul 3 la rasanya kitorang buat keje kat situ(tak bawak jam), itu pun tak habis lagi kat floor tu. Ayah kata ayah kene jumpa orang kat RMC(Royal Millitary College) kat Sungai Besi. Mule2, blur gak la Azam bile ayah cakap RMC tu. Dalam bm RMC tu Maktab Tentera Diraja, ayah cakapla.

Azam ingatkan ayah nak masukkanla Azam kat RMC tu. Cuak gak la dibuatnya. Ayah kate ayah nak jumpa kawan just nak amik laptop die je. Lege seluruh badan Azam lepas tu. Fuhh. Kitorang makan la dulu kat Pekan Bandar Tasik Selatan(kotla). Yelah, takkan nak biar perut tu bebunyi je. Dah tu, kitorang pergi la kat kem tu. Kat luar kem tu je dah tecongok 3 orang askar(kot) dengan senapang die jage pintu masuk n kuar. Azam tengok cam orang bodo je berdiri tengah2 panas kat situ dengan senapangnnye. Maybe tu sebahagian dari latihan diorang kot. Nak masuk kem tu pun kene daftar au. Besela nak jaga keselamatan an. Masuk kem tu Azam nampak bape2 orang askar berjogging. Ayah kate tu orang UPNM. Tengok badan pun tough tu tapi tengokla gak latihan diorang an. Berbaloi la. Actually, dekat dengan kem ni rumah kawan Azam, Haziq(dak dorm Azam). Azam mesej la die yang Azam ada kat kem tu. Die pun call la Azam n kitorang bebel la dalam tepon tu puas2. Tahniah yew Haziq atas kemenangan silat ko tuh. Aku pun tak bape nak ingat apa yang ko menang tu. Sorry erk. Ko cam tak kenal aku lak. Bebalik ke bebel dalam fon tu, Azam tanyela pasal perjumpaan dak dorm m24(dorm Azamla) Isnin lepas. Tengok2, die kate yang pegi cuma 2 orang jek. Ada 16 orang dak dorm, yang datang cuma 2 orang je? Ingatkan sikit je yang tak datang, tengok2 sikit lak yang datang. Dia pun pergi dengan kembar die, Haziq gak namenye cume kitorang panggil die b-boy la(suke breakdance lerr). Rancang bagai nak rak mase kat dorm dulu, balik2 dua orang je yang pergi. Ish3, apa nak jadi da. Apa2 pun, sorry la yew Haziq sebab tak dapat nak pergi(kalau die bace blog ni la). Ok, sampai sini jela coretanku. Nak tido, esok kene lak bangun awal. Chow!

0 comments:

Post a Comment